Terma & Syarat

Terma dan Syarat
Homestay Melaka Tradisional



 
Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap di homestay kami.

1.  Untuk tiggal di Homestay Melaka Tradisional anda perlu mengisi borang tempahan yang disediakan di link berikut;

2. Pihak Homestay amat menggalakkan anda membuat tempahan awal terlebih dahulu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum. Sila pastikan anda terlebih dahulu menyemak tarikh yang anda inginkan masih 'available' melalui live calender update. Click calender dibawah.
https://www.airbnb.com/manage-listing/16395629/calendar
3. Jika tarikh yang anda inginkan masih 'available' dan anda ingin meneruskan proses tempahan sila hubunggi pihak Pengurusan Homestay untuk proses seterusnya. Pembayaran tempahan hendaklah dibuat terlebih dahulu untuk membolehkan pihak Pengurusan Homestay 'block' tarikh yang anda inginkan.  

4. Untuk proses kemasukan / Check-in ke Homestay pada tarikh yang telah ditempah, tetamu yang membuat tempahan Homestay hendaklah hadir semasa hari Check-in dan wajib untuk menunjukan kad pengenalan. Pihak Homestay tidak akan memberikan kunci Homestay kepada wakil.

5. Untuk memastikan keselesaan anda sepanjang berada di Homestay kami, kami mencadangkan maksimum 8 orang dewasa ini kerana Homestay kami hanya menyediakan 3 bilik dan tiada had untuk bilangan kanak-kanak yang perlu ditemani orang dewasa. Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan dan keselamatan para penguhuni Homestay ini. 

6. Sila patuhi waktu Check-in dan Check-out yang telah ditetapkan atau yang anda pilih semasa membuat tempahan.
Waktu Check-in*
1.30pm - 2.30pm
Waktu Check-out*
12.00pm - 1.30pm

*Jika Waktu yang anda pilih untuk masuk dan keluar tidak seperti waktu standard, sila maklumkan kepada pihak Pengurusan Homestay untuk menyusun jadual tempahan Homestay (Bergantung kepada kekosongan). Untuk mengelakkan kesulitan, sila semak tarikh dan masa anda dengan Betul.

7. Sekiranya tempahan dibatalkan disaat-saat akhir 2 hari sebelum tarikh check-in, bayaran cagaran/booking  fee anda tidak akan dikembalikan. Ini kerana apabila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Sila pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang nada tempah.

8. Anda bertangungjawab untuk menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan di Homestay kami semasa dan sepanjang anda menginap di Homestay kami. Jika anda meniggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam sila pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pagar.

9. Sila pastikan suiz elektrik hendaklah ditutup  dan plug peralatan dicabut selepas digunakan. Anda digalakkan untuk menutup semua suiz termasuk suiz kipas, lampu, television dan aircond apabila meniggalkan rumah.

10. Semua tetamu yang menginap di Homestay kami tidak dibenarkan dengan sengaja merosakkan atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam Homestay ini. Jika berlaku sebarang kecurian / kehilangan / kerosakan pihak Pengurusan Homestay berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kejadian tersebut kepada pihak Polis.

11. Tidak dibenarkan untuk membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak Pengurusan Homestay dan sila pastikan semua peralatan diletakkan ditempat yang asal sebelum anda mendaftar keluar.




12. Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan dan sila pastikan semua peralatan dapur dibasuh setelah digunakan.




13. Bagi tujuan keselamatan / kesihatan / hygiene merokok adalah dilarang di dalam Homestay.

 

14. Binatang peliharaan juga adalah dilarang di dalam rumah.



15. Homestay ini merupakan Halal premis, penyewa non-muslim tidak dibenarkan dan dilarang sama sekali untuk membawa;
      i. Arak
      ii. Pork/bak kut teh
      iii. Anjing
      iv. Makanan atau barangan yang diharamkan di sisi Islam. 
Pengurusan Homestay berhak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana penyewa yang mengingkari arahan ini. 

16. Barangan yang salah disisi undang-undang negara Malaysia seperti dadah dan seumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke dalam Homestay ini dan Pengurusan Homestay tidak akan bertanggung jawab jika penyewa diambil tindakan oleh pihak Polis. 


17. Sebarang anjuran parli liar atau aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di Homestay ini.

18. Sila hormati privasi jiran sekeliling dan jangan mengangu privasi dan membuat bising hingga menggangu ketenteraman jiran-jiran bersebelahan Homestay. 

19. jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Homestay untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak Pengurusan Homestay untuk membaikpulih atau mengambil barangan Homestay. Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam homestay, sebarang kehilangan barangan homestay dalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Jika terdapat sebarang keraguan sila hubunggi Pengurusan Homestay. 

20. Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke Homestay dan segala pembayaran hanya dilakukan kepada pihak Pengurusan Homestay dan disertakan dengan resit. 

21. Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak Pengurusan Homestay  apabila anda keluar dana bayaran deposit RM100 akan dipulangkan semula kepada anda sebaik sahaja anda menyerahkan kunci dan setelah pihak Pengurusan Homestay memastikan tiada kerosakan, kehilangan peralatan Homestay dan tiada kelewatan waktu check-out.


         

NOTIS TAMBAHAN
PIHAK PENGURUSAN Homestay TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI. 

 
 
Pengurusan Homestay : 0136206413 / 0132203386
 
EMERGENCY CONTACT NUMBERS :
999
 
Malacca General Hospital:
06-289 2344
 


Comments

Popular posts from this blog

TEMPAT MAKAN POPULAR DI MELAKA

Freeport A'Famosa Outlet hanya 10 Minit!